TARIKH PENUBUHAN
- 1925 - Menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga, kemudian berpindah dan menumpang pula di
Sekolah Melayu Bukit Jambol - 1932 - Bangunan baru sekolah didirikan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu
- 1933 - Perasmian bagunan sekolah yang baru
- 1943 - Bangunan tambahan dibina / pembesaran sekolah
- 1958 - Penubuhan SMAASZA Batu Burok (pengasingan peringkat persekolahan)
PENGASAS / TOKOH PENUBUHAN
Sekolah ini ditubuhkan pada 1925, hasil kesedaran orang ramai dan respon terhadap sekolah aliran Inggeris, Sultan Sulaiman English School yang ditubuhkan pada 1920. Penubuhan sekolah ini adalah di atas inisiatif beberapa orang tokoh/pegawai tinggi Melayu (pendidikan agama) seperti Datuk Sri Amar Di Raja, Menteri Besar ketika itu, Datuk Bentara Luar, Ketua Pegawai Pelajaran, Datuk Andika Di Raja dan lain-lain ahli agama ketika itu.Pada peringkat awal, kelas diadakan menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga 1925, kemudian menumpang pula di Sekolah Melayu Bukit Jambol bermula tahun 1932. Manakala pelajaran bahasa Inggeris diadakan di dalam satu bilik di Istana Maziah, bermula 1923.
Satu inisiatif pembinaan bangunan tetap dimulakan oleh golongan berpendidikan agama, dan peletakan batu asas sekolah dilakukan oleh Baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada pagi ahad 13 November 1932 dalam satu istiadat bersejarah. Pembinaan bangunan adalah hasil derma khairat orang ramai.
Perasmian sekolah ini secara rasminya pada 4.00 petang khamis 30 Ogos 1934, oleh baginda Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sekolah ini secra rasmi menggunakan nama ‘Madrasah Sultan Zainal Abidin Al-Arabiah,' sempena nama ayahanda baginda Al Marhum Sultan Zainal Abidin III yang menjadi ikon penddidikan.
PEMISAH MENENGAH ATAS
Pada tahun 1958 berlaku perubahan dasar pelajaran sekolah, iaitu dibahagikan kepada dua:-- Bahagian Ibtidai (rendah) – pengajian selama 5 tahun
- Bahagian Thanawi (menengah) – pengajian selama 4 tahun
Pada tahun 1958 ini juga berlaku pemindahan peringkat pembelajaran di mana bahagian Ibtidai kekal di Kampung Ladang manakala bahagian Thanawi dipindahkan ke sebuah bangunan lama di atas sekeping tanah seluas 8 ekar di Kampung Batu Burok iaitu bekas rumah Allahyarham Datuk Sri Amar Di raja, bekas Menteri Besar Terengganu yang sebelum itu dijadikan Rumah Persinggahan.
Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk atau ringkasnya adalah SMAASZA pada hari ini.
AKADEMI
Pakaian seragam lengkap harian pelajar Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abdin Ladang adalah kemeja putih, seluar panjang putih, kasut hitam, talipinggang hitam dan songkok hitam. Pelajar diwajibkan memakai tali leher dengan logo sekolah berwarna hijau.
SENARAI ALUMNI
- Dato' Perdana Menteri Di Raja Dato' Seri Setia Raja Kamaruddin bin Idris (bekas Menteri Besar Terengganu)
- Mohd Daud bin Abdul Samad (bekas Menteri Besar Terengganu)
- Tan Sri Ibrahim Fikri bin Mohammad (bekas Menteri Besar Terengganu)
- Dato' Mahmood bin Sulaiman (bekas Menteri Besar Terengganu)
- Dato' Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman (bekas Menteri Besar Terengganu)
- Dato Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas Menteri Besar Terengganu)
- Dato' Seri Abdul Hadi Awang (bekas Menteri Besar Terengganu)